head promosi tadika cerdik takwa

Isnin, 29 Oktober 2012

Sorotan Aktiviti: Sukan Tahunan Kali Pertama Tadika Cerdik Takwa ( Ubudiyah )











Pada 15 April 2012, Buat julung-julung kalinya Tadika Cerdik Takwa ( Ubudiyah )  telah mengadakan temasya sukan tahunan kali pertama. Temasya yang diadakan secara bergabung dengan Tadika Islam Ummu Aisyah , Semenyih ini telah berjaya mengumpulkan hampir seramai 110 murid dan dihadiri oleh sebahagian besar para ibubapa. Temasya ini bukan sahaja mengetengahkan bakat sukan dikalangan murid-murid malah murid-murid juga diberi peluang menunjukkan bakat didalam tarian sebagai kesinambungan kepelbagaian acara didalam temasya.
 
Dengan sokongan yang kuat daripada para ibubapa, dilihat murid-murid amat bersemangat sekali pada hari tersebut untuk memenagi acara yang mereka tandingi . Semoga semangat ini akan kekal sehingga mereka dewasa kelak dalam menempuhi ujian pelajaran dan liku-liku kehidupan. Selain pertandingan sukan untuk murid-murid, Pertandingan Sukan untuk ibubapa juga telah diadakan sebagai suatu jalinan kemesraan siratulrahim dikalangan mereka.
 
Temasya ini telah diadakan di padang pavilion U.K.M bandar baru bangi dengan sempurna dan berjaya. Semoga kejayaan temasya Sukan kali pertama ini, akan menjadi penanda aras bagi Tadika Cerdik Takwa untuk temasya tahun hadapan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan