head promosi tadika cerdik takwa

Jumaat, 2 Disember 2011

Pendaftaran Tadika Ubudiyah 2012 Dibuka Sekarang !!

Pendaftaran Tadika Ubudiyah bagi sessi 2012 telah dibuka sekarang . Kepada ibubapa yang berminat untuk mendaftarkan nama anak, bolehlah menghubungi nombor talian seperti tertera dibahagian bawah laman web ini. Pengambilan ini hanya terhad kepada 30 orang murid sahaja.  
Daftarlah segera sebelum terlewat dan dapatkan promosi daripada kami iaitu Pendaftaran PERCUMA untuk 10 terawal !!










Konsep Pendidikan Tadika Ubudiyah

Selari dengan Falsafah pendidikan Negara, Konsep pendidikan di TADIKA UBUDIYAH adalah :- 
Program yang menyediakan pengalaman pembelajaran kanak-kanak yang berumur   5-6 tahun dalam jangka masa satu tahun atau lebih sebelum masuk ke tahun satu di sekolah formal. Matlamat pendidikan bertujuan menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan untuk masuk kesekolah rendah.   
Aktiviti terancang dan dilaksanakan selaras dengan perkembangan murid supaya setiap murid mendapat peluang yang sama dalam pengalaman pembelajarannya. Aktiviti dihubungkaitkan diantara satu komponen dengan komponen yang lain supaya murid mendapat pengalaman yang bersepadu dan menyeluruh.Prinsip fleksibiliti dan mudah ubah ditekankan dalam semua aktiviti.

TADIKA UBUDIYAH telah Beroperasi sejak 2010 merangkumi modul seperti berikut :-
Program Mata pelajaran 
  • Menggunakan kaedah Cepat baca e-Xra   ( Bahasa Melayu & Inggeris ).
  • Kaedah cepat kira matematik menggunakan  Abacus ( Sempoa )
  • Magic English ( Phonic )
  • Kelas Iqra'
  • Pengetahuan Sains
  • Solat Dan Hafazan surah
  • Pengetahuan Agama Islam
  • Program Multimedia Komputer
  • Kelas Renang ( Pilihan )
Program Tahunan 
  • Sambutan Maulidur Rasul
  • Sambutan Hari Jadi
  • Acara Sukan Tahunan
  • Program Tema 
  • Sambutan Hari raya Aidil Fitri
  • Hari Penganugerahan dan Keceriaan

MENGAPA MEMILIH KAMI ??

  • Cepat membaca ( Keberkesanan boleh dilihat dalam 3 bulan- 6 bulan. ) dengan menggunakan kaedah e-Xra.
  • Saiz kumpulan pelajar yang kecil supaya perhatian secukupnya dapat diberikan.
  • Kadar Yuran Bulanan Yang berpatutan.
  • Guru-guru yang berpengalaman ( Lebih 8 tahun pengalaman mengajar ).
  • Sukatan pelajaran mengikut piawaian kurikulum pra sekolah kebangsaan.
  •  Penekanan pada subjek Jawi dan Pendidikan Islam.
  •  Matlamat pada 3M ( Membaca, Menulis, Mengira ).
  •  Perkembangan Saikomotor halus dan kasar
  • Penyediaan Penjagaan selepas waktu sekolah. 

 Kemudahan :
  • Mini Pusat Sumber yang selesa
  • Bilik Kelas yang selesa
  • Kelengkapan keselamatan CCTV
Alamat Tadika Ubudiyah :
No 1, Jln Kajang Impian 1/5, Taman Kajang Impian,
( Belakang Restoran Red Wok ), 43650,
Bandar Baru Bangi, Selangor.
Untuk Keterangan Lanjut Sila Hubungi Nombor Dibawah :
En. Aidil : 013-6320417
Cikgu Sha : 013-3328417, 012-9347170
Cikgu Jamilah : 019-4480392


Tiada ulasan:

Catat Ulasan