head promosi tadika cerdik takwa

Jumaat, 2 Disember 2011

Sejarah Tadika Ubudiyah


Tadika ubudiyah mula ditubuhkan pada 1 Januari 2010. Pengasas tadika ini ialah Puan Shalawati Binti Hassan atau lebih dikenali dengan panggilan cikgu sha. Diawal penubuhannya tadika ubudiyah hanya menerima seramai 13 orang murid tadika dan 15 orang murid Play school sahaja atas sebab faktor kawalan kualiti dan pemantauan hasil pembelajaran. Kini selepas 2 tahun, Tadika ubudiyah semakin mendapat kepercayaan ibubapa untuk menghantar anak-anak mereka menimba ilmu di tadika ini.

Dengan permintaan yang semakin menggalakkan, Pihak ubudiyah telah menyewa sebuah lagi bangunan ( No.1 Jln 1/5 Tmn kajang impian di Belakang restoran red wok, Bandar Baru Bangi ) untuk dijadikan Tadika bagi menampung murid-murid yang lebih ramai selari dengan kehendak ibubapa yang mahukan keselesaan pembelajaran anak-anak mereka.

Kini Tadika ubudiyah dikendalikan dengan jayanya oleh guru-guru yang berpengalaman didalam bidang kanak-kanak ( Sila lihat profil guru ) bagi menyampaikan hasrat ibubapa untuk melahirkan insan yang cemerlang, berakhlak, bertakwa serta kreatif dan innovatif.

Murid Tadika Dan Play School Ubudiyah 2010





Tiada ulasan:

Catat Ulasan